Blog "Aspirasi Kami" ini adalah hasil daripada tugasan kerja projek bagi kursus Falsafah Dan Etika Guru bagi memenuhi keperluan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Kerja kursus ini dilaksanakan bagi menilai kami, pelajar bagi program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) dan memberi pendedahan serta pengamalan ilmu yang berguna buat kami. Objektif projek ini dijalankan adalah untuk memastikan kami sedar dan mengenalpasti elemen-elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan. Selain itu, membolehkan kami menghuraikan amalan profesionalisme guru dan membuat perkaitan dengan cabaran yang perlu dihadapi oleh guru agar kami dapat bersiap sedia dalam melaksanakan tugas nanti. Disamping itu, memberi pendedahan untuk kami mengenai isu-isu semasa dalam bidang pendidikan masa kini di Malaysia.
Perubahan dan perkembangan dalam bidang pendidikan di Malaysia
bertujuan merealisasikan aspirasi negara. Isu-isu pendidikan di Malaysia
merupakan satu agenda yang perlu diberi perhatian terutamanya yang
melibatkan masa hadapan generasi muda. Demi memartabatkan sistem
pendidikan negara, pelbagai bentuk sistem pendidikan dilaksanakan bagi
memenuhi keperluan pendidikan semasa. Isu semasa pendidikan yang perlu
ditangani merangkumi pelbagai aspek seperti disiplin dan jenayah,
kurikulum, cabaran teknologi pendidikan, organisasi pendidikan dan
seumpamanya.
Justeru itu, kami telah memilih beberapa isu-isu semasa yang berkait
dengan bidang pendidikan di Malaysia. Maklumat yang telah kami
kumpulkan, kami bincangkan secara ilmiah beserta pandangan dan hujahan
dari fikiran kami sendiri. Diharap penulisan kami ini dapat memberikan
aspirasi dan ilmu serta membuka minda kepada golongan pendidik seperti
kami untuk terus melaksanakan tanggungjawab secara profesional dan
beretika dalam profesian keguruan dengan berlandaskan elemen-elemen yang
terdapat dalam Falsafah pendidikan dan mengikut Kurikulum Kebangsaan yang telah ditetapkan.
0 comments:
Post a Comment